Labels

Monday, September 20, 2010

Pengalaman melahirkan puteri sulung ku

      Aku bekerja di jb.. manakala suamiku pula di sg buloh..alhamdulillah pertukaranku diterima dan akan melaporkan diri di sg. buloh pada 28.3.2009.. tetapi masa tu kandungan ku berusia 27minggu.. Doktor advise supaya aku direhatkan dari bekerja.. So melentingla bos kat tempat kerja baru aku tu..apa taknya.. baru je lapor diri dah nak tangguh n then MC pula... Habis tu aku nak wat cmne dah tu suggested dari doktor.. p la marah kat dia.. aku jugak jadi mangsa kan?

      Alhamdulillah.. tercapai jugak hajatku untuk melahirkan anak di negeri kelahiranku... aku juga bersyukur kerana mendapat suami yang memahami kehendakku... aku wat follow up kat HUSM kubang kerian... nak dijadikan cerita.. Doktor-dktor yang aku jupe sumenya pening kepala ngan siuasi yang kuhadapi la ni...apa taknya, penyakitku yang severe boleh pula aku mengandung dan xnampak bahaya la kalu orang tengok luaranku... Apa pun aku memg dah bersedia dari awal lagi tentang perkara ni dan ia pasti berlaku.. Doktor memintaku admit wad awal seminggu dari tarikh due tu... masa kat wad tu barula aku sangat2 n terfikir macajm2 yang akan berlaku... 'adakah aku sempat melihat puteriku.. sempatkah aku mencium dan mengusap pipinya...bagaimanakah nanti rupanya, sifatnya..bagaimana nanti puteriku akan hidup tanpaku disisinya... dapatkah aku merasakan kenikmatan menyusukan anakku sendiri....' mcm2 ku fikirkan.... aku bersyukur kerana suamiku sentiasa berada disampingku... menemani ku.. setiapkali time melawat pasti suamiku datang dengan senyuman yang mungin terpaksa.. yela  memberikan aku smeangat dan harapan....

       " sayang takut tak, nak bersalin nanti" ungkapan yang selalu suamiku utara kan padaku... dan aku menjawab 'tak' sambil senyuman terukir dibibirku  ('-')....Dalam hatiku tuhan saja yang tahu... ALLAH swt Maha Besar...

       Setiap kali berjupe doktor  pasti ada saja ungkapan yang tidak menggembirakan ku...'kita perlu menerima kemungkinan bahawa hanya seorang nyawa sahaja yang boleh diselamatkan...bertawakal lah'.... tapi aku akan membalasnya dengan senyuman...... kadangkala senyuman yang kulemparkan belum tentu lagi ada kemanisannya...

      aku gembira kerana doktor kardio membuat keputusan yang aku boleh bersalin normal......alhamdulillah bolehla aku merasa bagaimana rasanya, sbb ada orang cakap masa tu la macm menyambung nyawa...

(nanti sambung ye)

alhamdulillah... smbung plak..... pada 17hb 4(jumaat) air ketuban ku kuar sket2...dlm hati ni seronok, yela dah ble bersalinla... xp sayangnya bila cek, jalan xbukak2 pom..;) aku d admitkan dlm labour room slama 2 hari.. pada 19hb (ahad tu...) doctor suh aku wt operate tuk bersalin.. aduh.. takutnya ..bukan takut nak operate xp takutnye time CBD tu nak masuk kat bdn .. huhh... sakitnyaaa.....
xp yang syoknya.. sempat lagi aku makan ayam kfc sbelum operate tu... mekasih abang(suamiku la)....

time aku diusung ke bilik operate..... sedeynya tengok suamiku..sayu... xp aku tetap tersenyummm;)
...suamiku setia menanti di luar bilik pembedahan... smpai dalam bilik operate tu, kelihatan ramai la doktor2 sedang menunggu ku.. sambil borak2... doktor memuji ku sbb muka ku xkelihatan takut, sedey pom.. 'hanya senyuman menjadi pengubat doc' (kataku ) sebelum mataku tertutup rapat.. aku sempat berdoa n mengucap 2 kalimah syahadah...........................................

19.4.2009

19.4.09 lahirla permata hati shalina&amizan..... alhamdulillah.. walaupun sukar dan banyakna dugaan yang harus kami hadapi... terutamanya aku.... xp aku bersyukur kerana selamat melahirkan seorang puteri yang begitu comel......