Labels

Monday, March 14, 2011

konvo adik

10.02.2011..... tahniah adik cayam...


Noor ARfa BAtik

mm.. lepas aktiviti makan2.. kini aktiviti mencuci mata.... 'wink''''

ni salah satu produk yg ada di kedai n.arfa.. cantik n banyak jugak la pilihan.... harga pun boleh tahan la... kalo mai terengganu singgahla kat central Noor arfa i.. meme best... cantik n menarik....

makan- makan di kelulut, marang...


kat kedai ni meme femos ngn sup.. sume ada mee, kew teuw, nasi, bihun.. xp sume kena ngn sup perut campur.. besttttt...



bawak kawnaku ni la... jalan2 makan2 kat terengganu....;)

tgk ni.. menikmati... wahhh

Bihun GoreNg


emm.. menu pagi di klinik kami.... nak resipi??????

mee sup......


best x? ni ada lg.....

emm.. nyam..nyammm


cara-cara membuatnya....

1 keping fish kek (goreng dan hiris)
1 sudu makan bawang putih kisar/dadu
6 ekor udang hidup
Sedikit daging
Sedikit sutong
1 sudu makan lada putih kisar
1 sudu makan kicap cair
Setetes kicap hitam
½ kilo sawi
1 tin cendawan butang
Sedikit sos tiram
Stok (rebusan tulang-tulang daging) atau air
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Lada jeruk

Cara Cara
1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Tumis bawang putih sehingga garing . Masukkan daging dan sotong. Bila lembut msukkan udang. Tuang sedikit stok/air dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan lada putih, kicap cair, kicap hitan dan sos tiram.
Tambah lagi air dan biarkan mendidih lagi.

2. Masukkan ½ bahgian mee yang digoreng kicap. Gaul rata. Jika stoknya kurang tambah lagi. Semasa meenya ¾ masak, masukkan sawi dan cendawan. Balek-balekkan dan matikan api.

3. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang, hias dengan fish kek dan lada jeruk. Enak di makan panas-panas.

ok siap.... kalu xle lg... meh blaja ngn chef kat klinik ni... haaaaa ni dia... kak wan @ mak wan...

Sunday, March 13, 2011

Surat dari mami

untuk anak mami... bila dah pandai nanti, iman buka n baca yee... kalu mami dah xde... jg ayah yee... n selalu hadiahkan mami Al-Fatihah yee... 'anak mami meme gud"... i really luv u my dear princess...

















Monday, March 7, 2011

8.3.2011


emmmm.... mcm ni rasanya kalu handle sesuatu perkara.... penat letih n serabut...
bila ada banyak bos mcm2 la fiil... xp aku? nak ikut kata siapa? dengar yg cna mcm ni, yang cni mcm tu plak... fening...... last2 aku jugak yang kena...

mungkin pangalaman ni sesuatu yang berharga buat diriku sbgai juru dot dot dot...... banyak benda ynag perlu diambil kira bila pembukaan unit baru ni dibuat... nway mcm mana pun aku dah de pengalaman... xp risau la takut menjerat diri sendiri nt....huhhh

yela... aku fikir cmtu sbb risau la.. nt de perkara berbangkit aku plak yang dipersalahkan sbb aku sorang je kadang2 yg handlenya.... yg lain mcm nak lepas tangan je... huhh............

dengan penatnya aku perlu elangkah... keseorangan menggalas tugas yg dipertanggungjawabkan... 'YA ALLAH semoga dipermudahkan segala urussanku untuk unit ini.... segala kerjaku adalah ibadahku... peliharalah pekrjaan ku daripada kesesatan"amin......

Tuesday, March 1, 2011

doa pengasih

"Kul in kuntum tuhiboonal laaha fattabi'ooni yuh'bibkumul laahu"
@

"Qul in kuntum tuhibboona Allaha faittabiAAoonee yuhbibkumu Allahu wayaghfir lakum thunoobakum waAllahu ghafoorun raheemun"


means: "Say (O Muhammad to them), if you love Allah follow me, Allah will love you." (Sura Ale Imraan: Verse 31)

Qul = Say
in kuntum = if you
tuhibboona Allaha = love Allah
faittabiAAoonee yuhbibkumu = then follow me
Allahu wayaghfir lakum thunoobakum = Allah will love you and forgive you of your sins
waAllahu ghafoorun raheemun = And Allah is oft-forgiving, Most merciful.

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa


Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;




Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;

doa untuk arwah bapa


Amin.....

Water Repellent-BIOTECH BSY





Kini anda tidak perlu lagi berpeluh-peluh untuk mengilatkan kereta@motor anda atau membazirkan wang anda untuk mengilatkan kenderaan di car wash center.

Water Repellent - Satu Produk terbaru dan inovatif daripada BIOTECH BSY SDN BHD.Menggunakan kaedah semburan !


Menutup lapisan atas permukaan kenderaan supaya ia licin dan tidak senang menjadi kotor. Dengan hanya menggunakan kaedah semburan ke atas kenderaan , ia berupaya mengilatkan dan menjaga permukaan kenderaan anda supaya sentiasa bersinar dan bersih dari kotoran. Ia juga boleh digunakan di cermin, bumper dan sport rim kereta. Malah ia juga boleh digunakan didinding-dinding dapur dan bilik air anda untuk mengelakkan dari kekotoran melekat ke atasnya!

Sebungkus WR berupaya mengilatkan 4-5 kereta!

Protect vehicle and preserve its original shine
Enhances wax protection even after multiple washes
Restoring the missing link between wax and car wash
Ease of application, completes in less than 10 minutes
With just 1 sachet able to wax 4 - 5 cars

DIRECTION:
Mix 1 sachet to 1 liter of filtered water, pour into Spray Bottle.
- Make sure your car is cool and in the shade.
- To ensure best results, wash your car with car wash shampoo
- After rinse the car with clean water while the vehicle still wet, shake and mist to the vehicle and rinse it with water.
Repeat this process part by part


Sebungkus hanya RM25 -RM3 untuk kos pos (COD pun bole)

chicken chop ....... sedap n murah...


ni c.chop special baru harga rm8 lebih kot.... murah kan....


ni plak c.chop yg biasa arganya RM 6.90...... ok je beza ngn special cuma xdop hotdot n cendawan butang......


hehe... iman punya tu hah... french fries je.... cukupla dear kan kecik lg....
lau xduk atas meja memg xsah... blasah je...
sebakul kentang goreng tu rasanya RM2 baru...



lastly... tq to my bro... sbb diala tokey malam tu blanja kitaorg sume... maklumla baru dapat gaji 1st...;) yg penting korang pun leh merasai kenikmatan c.chop ni kat Restoran Selera RB...kota bharu kelantan.....

sweet memory......

time ni bbq wit K44.... syoknya... n last




ni... dop tau la cik maz kito akat tangan ko gapo... hehe;)


ni 3 dara pingitan.... skrg ni xtau la masih dara ke x? hehe...(jgn mara a...)



syok sendiri..hehehe



kemuncaknya..... ada orang bermandikan budu... hahahaaaa

Monday, February 21, 2011

Ust Azhar Idrus - 7 Neraka

Ustaz Azhar ~ PETANDA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD.WMV

Sepohon kayu








Semoga kita sentiasa di lindungiNya....

Buatmu Ibu...







semoga ma dan abah sentiasa dirahmatiNya ..... Al-fatihah

Doa Perpisahan

Doa Pertemuan di tujukan khas buat teman2 di KRJB & KSKB...... k.ely, k.is, k.lia, k.ainza, apat,din, pian, k.umi, shikin, seri, nor, k.emy, ull dan maz....




doa untuk ibu bapa












anak2... mesti tgk ni tau....
khas untuk anak mami.. nur iman;)

Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan






salam maulud......

SELAWAT SYIFA

Ayat 1000 Dinar

19.2.2011 basikal baru

bestla iman dapat basikal baruuu.... arini beli dh pandai naik dah....
syok lg sbb ada pak uda nya yg suka melayan menarik basikal nya ke sini sana...
sehari lepas tu dah mula dah nak mengobek2 ... tgk2 la mana yg nak dibeki nya... hish hish... pantang jugak.. nak jd makenik.... aduihai iman... sabo je la

Asma Ul Husna - Hijjaz

Asma Ul Husna - Hijjaz

Tuesday, February 15, 2011

Khutbah Terakhir Baginda Rasulullah S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :



"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

ADAB MINUM RASULULLAH S.A.W



Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Wallahulam…

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Wallahualam. ..
*******************